Friday 15 June 2012

Coretan Kata Hati

Assalamualaikum
 
Duduknya aku disebuah bilik yang serba serbi mempunyai apa saja keperluan yang aku inginkan 
Terlintas didalam fikiran apa yang diinginkan , hanya perlu kuucapkan menggunakan sebuah pancaindera yang dikurniakan oleh yang Maha Esa 
Beginilah hidupku sebagai insan yang tidak pernah menghargai apa yang ayah aku kasi
cakap je " abah, kaka nak nu nak ni " dengan senang lenangnya seorang ayah yg penat siang malam mencari rezeki mengeluarkan wang ringgit untuk memberikan kegembiraan kepada seorang anak perempuannya .
itu la aku . dibanjirkan dengan wang ringgit sehingga aku terlena dalam wang ringgit yang menyebabkan aku terfikir , "macam mana oneday , dah xde org nak banjirkan aku dgn wang ringgit"
itulah aku , terlalu senang dengan kehidupan seperti ini sehingga aku terlena dengan membawa perwatakan yang belagak sombong sehingga aku lupa untuk belajar . 
itulah aku , ayah anta kesekolah untuk mendidik aku menjadi seorang pelajar yang cemerlang
tapi , lain yang aku buat . pegi sekola berseronok bergosip dengan rakan-rakan
mencaci serta mengata dan sebagainya kepada pelajar yang tidak sama taraf dengan kami 
itulah aku , ayah kasi fon untuk kemudahan aku untuk call rakan-rakan untuk menanyakan tentang pelajaran , tapi sebaliknya yang aku buat
itulah aku , dari dulu lagi aku tak pernah nak hargai apa yang tuhan kasi rezeki kat ayah aku
mintak itu mintak ini . bila ayah dah kasi , banyak pulak mulut aku cakap itu cakap ini (memberontak)
Alhamdulillah , aku sudah terbangun dari lena yang nyenak sehingga aku dihanyutkan jauh ketengah lautan
tidak terlambat untuk aku berubah dari masa kesemasa
cerita dekat TV3 tadi dah buat aku terfikir , perlukah aku menunjuk2 dengan apa yang aku ada sedangkan menunjuk2 itu adalah syirik .
Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.”

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang.
kini , aku semakin membesar . semakin memahami apa itu kehidupan yang perlu aku lalui .
aku juga memahami apa sebenarnya yang ayah aku buat dengan cara membanjirkan aku dengan wang ringgit
dari sini juga , aku perlu amek pengajaran . janganlah kita bersikap riak kerana riak itu syirik . subhanallah . dalam leka , aku telah melakukannya 
disini juga , baru aku tau , kenapa ayah aku selalu memberi apa yang aku minta.
mungkin masa silamnya menyebabkan dia tidak mahu seorang anak gadis dia merasakan apa yang dia rasa masa silamnya itu .
 itulah pengorbanan seorang bapa membesarkan seorang anak wanitanya yang selalu dimanjakan.
aku sedang berubah , aku memerlukan rakan yang boleh membawa aku kejalan yang betul untuk aku membalas semua jasa ayahku . 
Abah , selamat hari bapa . abah sangat bermakna bagi kaka . kaka mintak maaf , kaka selalu buat abah hampa . kaka selalu bagi abah harapan yang menggunung , tetapi kaka sendiri yang selalu merobohkan harapan semua itu dengan sekelip mata . semperna hari bapa , kaka xdapat nak bagi apa-apa kat abah . menghampakan abah adela , dengan result peperiksaan yang sangat teruk :/
tapi , abah adelah abah yang sangat baik . selalu memahami apa yang kaka nak . abah sporting sangat . kaka akan gunakan kemudahan yang abah bagi dengan sebaik mungkin . kaka sayang abah :')
saya adalah insan yang bertuah kerana masih mempunyai seorang ayah yang selalu care pasal anaknya 

Abah
Insan terpilih di antara kaum adam di dunia,
Menjadi nakhoda berwibawa,
Penunjuk arah mencapai impian yang utama,
Manusia terhormat, pendidik hawa,
Mendidik, rohani dan spiritual.

Abah
Dikau insan disegani lagi dihormati,
Dikau insan penuh amanah dan dedikasi,
Dikau insan anugerah Ilahi.

Abah
Pengorbananmu itu tiada nilai gantinya,
Hidup sementara ini kau korbankan segala,
Demi keluarga amanah Tuhanmu,
Penat lelah sepi, tiada jemu dalam kalbu.

Abah , abah adalah insan yang Awesome :)

selamat hari bapa kepada bapa2 yang lain :')
 

No comments:

Post a Comment