Monday 16 September 2013

Holla

Assalamualaikum

Welcome back Eika . sekian lama tidak menari2 diatas keyboard 
Hari ini kita bercerita tentang "PENGALAMAN"
pengalaman mengajar aku erti kehidupan

EGO
apa itu ego ? E G O = EGO
bukan moto ego , tapi ego adalah perwatakan
dimana perwatakan ego sering dipertikaikan dalam sesebuah perhubungan 
Sifat ego sangat berbahaya kerana dengannya boleh menjadikan seseorang individu itu bongkak, berlagak, berasakan bahawa dirinya sahaja yang betul.
 Maka sifat ego menjadi antara penghalang utama dalam membentuk peribadi seseorang muslim. 
Sejarah telah menterjemahkan kesan sifat ego kepada peribadi seseorang. Sebagai contoh kufurnya iblis disebabkan egonya.

Iblis senantiasa merasakan dirinya lebih hebat dan merasakan tidak sesekali layak untuk sujud hormat kepada Nabi Adam (A.S). Sebelum Nabi Adam dicipta, Iblis yang pada waktu itu bergelar ‘Azazil, berperanan sebagai ketua kepada para malaikat. Kedudukannya sudah cukup mulia pada ketika itu. Akan tetapi keengganannya telah menyebabkan dia dihina dan dilaknat selagi mana dia terus enggan.

Adakah sifat ego ini sama dengan perwatakan iblis ?
Tidak semestinya :') 
setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri 
tapi , ego yang akan memusnahkan segalanya !

Hati yang ingin disinari oleh cahaya tidak boleh memiliki sifat ego.
 Fikiran individu juga akan disempitkan dengan sifat ego. 
Bagaimana kita mahu berfikiran luas jika kita hanya memikirkan kepentingan diri? 
Seseorang tidak akan mengaku kesilapan kita jika ditegur kerana apa yang difikirkan oleh dia hanya kepentingan dirinya atau kemuliaan dirinya. 
Kenapa? 
Susah sangatkah hendak melafazkan kesilapan diri? Mulia sangatkah diri ini? 
Sesama manusia tiada perbezaan antara kita melainkan taqwa. 
Setiap orang punya kelemahan, dan kewajiban kita adalah dengan melengkapi antara satu sama lain


Itulah yang dinamakan manusia, diciptakan untuk melengkapi antara satu sama lain seperti yang telah disabdakan oleh Junjungan Besar kita baginda Rasul S.A.W. yang bermaksud:


“عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "المؤمن للمؤمن كالبنيان يَشُدُّ بعضُه بعضاً – وشبك بين أصابعه" متفق عليه.”
Maksudnya:Dari Abu Musa Al-Asya`ari r.a berkata:
"Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah binaan, saling menguatkan antara satu sama lain."

Pengalaman tentang ego
aku mempunyai seorang kawan , yang mempunyai ego yang tinggi
tapi , ego ni sebenarnya bagus juga .
tapi , disebabkan ego , sebuah persahabatan itu musnah
sapa boleh tahan dgn someone yang ada ego tinggi ni ?
tapi , seseorang yg ego tu , pls la jaga kawan hg yg sanggup tahan dgn ego hg tu
sebab , kenyataannya rmai org x suka someone yg ego
so org yg ada ego tggi tu , WAJIB jga shbat hg yg sanggup tahan ego hg tu
*apakah aku ckp ni . mcm belit2 plak

Aku ? 
aku pon ada ego .
ego tu bagi aku penting
kadang2 aku terpaksa rendahkan ego demi sesuatu kebaikan
kadang2 ego aku tinggi menggunung 
disebabkan ego , aku menyesal sebab aku melepaskan sometime yang aku rasa , important sgt dlm life aku
sampai sekarang , sebelum menaikkan ego yg tinggi kelangit , aku akan fkir effect dekat diri sendiri dlu

In Conclusion , janganlah kita meninggi2kan ego kita demi kepentingan sendiri
rendahkan ego serendah2 tanah yang kita pijak
andai ego memakan diri , punah hidup

kenapa aku buat story tentang ego ? 
sebab aku nak peringat diri sendiri , jangan bersifat ego
nanti orang meluat :p bahaya .....

ckup untuk hari ini
kredit to : encik google , yang aku telah cari meaning ego :)

Harap , kepada sesiapa yang memiliki ego tinggi , fikir sejenak .
kadang2 ego ni buat kita rugi
buat kita menyesal




No comments:

Post a Comment