Monday 9 December 2013

Luahan hati

Assalamualaikum

kembalinya aku ke laman web blog untuk meluahkan perasaan
setiap manusia mempunyai hati
hati yang dikurniakan untuk mencintai , menyanyangi
bukan untuk disakiti oleh insan yang bergelar , manusia

hati seorang wanita ni lembut
lembutnya lebih lembut dari kain sutera.. lembut yang tidak dapat dinilai
tambah pula hati seorang ibu
kita selalu melihat betapa seronoknya bergelar sebagai pasangan suami isteri yang baru berkahwin

tapi.....

kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang hayat kita bersama pasangan
kenapa aku bercakap soal hati dan pasangan ?

sebenarnya , aku sekarang sedang berbangga dengan parent aku
Hamidah Binti Hamid dan Rosli Bin Ahmad
kenapa ?

mereka manusia yang paling tabah dalam dunia ni
hati seorang ibu , sangat lembut
sering kali dilukai 
tanpa kita sedar , kadang2 percakapan kita telah mengguriskan hatinya

tapi siapa yang tahu ? walaupun dia terluka , tapi dia tabah
dia menangis , tapi tangisan tu dia lindung dengan senyuman dia 
walau susah macam mana sekali pon , dia usaha untuk buat anak dia gembira
aku bukan apa , terdetik kat hati ni nak pelok mama , nak nagis kat bahu mama
tapi aku rasa malu . menangis kat bahu mama ? dah besar panjang menangis ?
aku menangis sebab aku tak sangka mama setabah ni

dunia sekarang ni kejam . dunia yang kejam ke manusia yang kejam ?
segala2nya perlukan duit
manusia bertungkus lumuh mencari duit demi sesuap nasi
demi membesarkan anak2 mereka , demi menyara keluarga 
aku ingat lagi , mama dh betol2 xde duit . then aku nak keje
mama cakap , nk duit untuk apa
aku pon jwab , nak duit sbb nak beli cream muka . mama cakap , xpela , xyah keje
mama kasi duit , pegi la beli cream tu
masa aku tgk mama hulur duit , mcm berat je hati dia .
tapi aku ? aku amek relex je g beli cream tu. sdangkan x penting pon cream tu
sekarang aku baru sedar

tabah juga hati seorang ayah
susah la nak tengok ayah kita sakit . betul x ?
mcm tu jugak dgn abah aku
aku bagun pagi , buka pintu bilik , tgk abah aku dh xde 
kereta xde
awal betul dia keluar cari rezeki . kadang2 pkul 2 3 pagi x balik lagi
cari rezeki sampai mcm tu sekali 
tapi , bila gaji naik , barang semua naik
ekonomi skrg ni mcm2 dah jadi
mcm mana laa adik2 yang abru lahir nanti , bila membesar nnti nk berjimat2 guna duit
macam x boleh menabung jer aku tgk

part yang aku xboleh lupakan , yang menyentuh perasaan aku..
bila aku nk hang out dengan kawan2 aku . setiap kali nk keluar rumah "abah nak duit"
abah aku pon bagi duit . lagi byak dia bagi , cepat jer duit tu habis
sikit pon tak tergerak nak berjimat
sekarang baru terdetik dekat hati , kenapa aku x berjimat masa duit tengah banyak dalam poket ?
ada sekali aku ckap kat abah "abah,bulan ni byk kan guna duit hm"
masa tu baru abh ckp, klau tahu guna duit banyak,berjimat2 la
bygkan , duit rumah , bil electrik , duit kereta , duit moto , yuran sekola , x termasuk duit barang dapur
minyak tol semua x terkira lagi
masa tu baru aku tersentap . sekarang nak mintak duit pon berat hati aku
rasa nak kerja , tapi abah akan cakap "kaka,abah mampu kerja lagi.kaka xyah la kerja.nak duit mintak ja kat abah. abah usaha cari duit,bukan senang nk jadi ayah . ni tanggungjawb abah. tanggungjawab kaka,belajar jer"
masa tu,tuhan ja tahu apa aku rasa
dalam hati ni , menitik air mata

itu yang dikatakan hati dan pasangan 
hati ? pasangan ?
sebelum mendirikan rumah tangga , kita kena berfikir .
tabahkah hati ni nak harungi semuanya ?
sudah bersediakah ?
dah kawin , kena fikir nak cari rezeki untuk anak2

kadang2, bila malam2 aku termenung tengok bintang
terfikir , mcm mana parent aku tabahkan hati mereka untuk meneruskan kehidupan
adakah aku mampu tabah seperti mereka suatu hari nanti ?

hari demi hari , aku semakin membesar 
semakin mengenali dunia
semakin banyak cabaran yang akan ku tempuhi
Ya Allah , kau tabahkan hati ibu bapaku . lindungilah mereka Ya Allah kerana mereka insan yang ku sayang :'(

No comments:

Post a Comment